Nuffnang Ads

Thursday, September 16, 2010

HARI MALAYSIA - 16/09

                      Assalamualaikum....................
         Hrmmm hari ni HARI MALAYSIA -16/09......
 Tahun ni barulah HARI MALAYSIA ini disambut seluruh Malaysia..........
Sebelum ini Sambutan ini hanya disambut oleh Sabah & Sarawak sahaja.
Tetapi tahun ini Perdana Menteri dah istiharkan bahawa hari MALAYSIA harus di sambut dan diberi "PUBLIC HOLIDAY",Bagi yang kerja Goverment jelah yerrr....
        Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
         Persekutuan Melayu, Sarawak dan Sabah menjadi satu negara akibat keputusan pemimpin terdahulu, yang disokong oleh rakyat ketigatiga wilayah kira-kira 46 tahun lalu.
"Hari Malaysia ini besar ertinya kerana apabila Sarawak dan Sabah bersetuju untuk bergabung dan merdeka dalam Malaysia, maka keputusan itu telah membawa perubahan yang amat besar dan pada hari ini kedua negeri ini lebih makmur dan selamat di bawah naungan berkenaan.
        Untuk Pengetahuan anda semua pada masa tu Singapura pun join MALAYSIA juga,tapi lebih kurang setahun selepas itu Singapura tarik diri dan jadi REPUBLIK dan memerintah sendiri.......
Itu jerlah yang boleh aku explain pasal HARI MALAYSIA.........Itu pun ingat sebab blajar sejarah masa sekolah dulu hehehehe!!!

                                                      

                                                    BENDERA MALAYSIA

                                                   
                                                             
                                           LAMBANG NEGARA MALAYSIA

No comments:

Post a Comment