Nuffnang Ads

Thursday, September 16, 2010

SEMAKIN BANYAK PENEMUAN BARU & BENDA PELIK-PELIK

1)Haiwan aneh ditemui di Kenya






NAIROBI - Sejenis mamalia ganjil dipercayai spesies baru tikus kasturi gajah berjaya dirakamkan di hutan Boni-Dodori, pedalaman timur laut Kenya baru-baru ini.
Saintis-saintis percaya bahawa mamalia sebesar seekor kucing yang mempunyai belalai dan memakan serangga itu merupakan spesies baru tikus kasturi gajah.
Haiwan ganjil itu yang menyerupai kombinasi seekor tenggiling dan kancil pertama kali dirakamkan di Hutan Ndundulu, Tanzania pada 2005.
Namun, beberapa perangkap kamera dipasang di hutan Boni-Dodori selepas seorang ahli Persatuan Zoologi London (ZSL), Grace Wambui terserempak dengan makhluk aneh itu. - Agensi


Macam2 haiwan pelik2 yang keluar sekarang ni...itulah tanda2 nak kiamat....kalau tengok dlm gambar tu macam haiwan ni dh dikacukkan...tikus cencurut + kancil = cencil....jangan terkucil sudah hahahaha!!!

2)Lembu terkecil di dunia


GAMBAR yang disiarkan Guinness World Records menunjukkan lembu
terkecil dunia, Swallow (kanan) bersama dengan seekor lembu jantan.





LONDON - Seekor lembu kerdil yang meminati muzik kontemporari dinamakan sebagai lembu terkecil di dunia oleh Guinness World Records, lapor sebuah akhbar semalam.
Pihak pengurusan Guinness menyatakan, lembu sebesar seekor biri-biri itu berasal dari kawasan Yorkshire Barat, utara England dan berukuran 84 sentimeter panjang.
Lembu tersebut berusia 11 tahun dan dinamakan Swallow.
Pemiliknya, Caroline Ryder berkata, Swallow kerap menghabiskan masa dengan memakan rumput atau mendengar radio Perbadanan Penyiaran British (BBC) di bangsalnya.
Swallow berasal dari baka lembu Dexter yang terkenal kerana saiznya yang kerdil tetapi haiwan tersebut jauh lebih kecil berbanding kebanyakan lembu Dexter lain. - AP

Ini lagi satu,,tak habis2 nak mengkerdilkan haiwan,yang aku tak tahan tu boleh pulak lembu tu layan radio,agak2nyer nak dengar keputusan no. ekor kot.....agaknyer kalaulah dinosaur ade lagi maunyer diorang bonsaikan dinasour tu pulak...boleh jadi haiwan peliharaan,boleh dipeluk2 macam TEDDY BEAR.Dunia-dunia..macam2.....
P/S:(citer ni aku ambik kt kosmo hari ni-17/09/10)

Kt bawah ni aku sertakan gambar haiwan2 yg boleh dikatakan pelik..
LU PIKIRLAAAHH SENDIRIII!!!!!!!!!!

                                                    BABI+BIRI-BIRI= BARI

Apa la nak jadi dengan dunia ni?! Dah takde keje lain ke? Ada ke patut babi dikacukkan dengan kambing biri-biri.. So kalu ada Muslim yang tak perasan menatang ni babi camne? Tak pasal-pasal dia dah sental benda haram ni.. Tak tau la menatang ni dah kategori 50% halal, 50% haram.. Aduhai..
                                                 
                                                      
                                                    ANJING+HARIMAU= ANMAU
                                                          (HANGMAU KA BELA NI)-LOGHAT KEDAH)

1 comment:

  1. Biaselah dunia skarang ni,,,,,macam2 org nak buat experience....melawan hukum alam............

    ReplyDelete